Tuesday, 1 October 2019

Entri 3: ALA Riverview Lodge

TEKS: NURUL ALISA BINTI ALI AKBAR

Bercuti adalah merupakan satu terapi setelah sibuk bekerja sepanjang tahun yang pasti selalu dinantikan terutamanya ketika musim cuti sekolah. Kebiasannya percutian keluarga menjadi pilihan ketika cuti sekolah untuk meluangkan masa bersama keluarga. Walaubagaimanapun agak sukar untuk menempah hotel yang bersesuaian dengan bajet dan aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sesebuah hotel ataupun homestay. Penginapan homestay yang ekslusif dan sesuai untuk seisi keluarga ini terletak di Kota Bharu, Kelantan iaitu ALA Riverview Lodge Homestay.
Sumber: Google

Sumber: Google
  ALA Riverview Lodge menjadi penginapan homestay eksklusif di Kota Bharu untuk pasangan berbulan madu dan percutian keluarga. ALA Riverview Lodge ini terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka, iaitu jaraknya lebih kurang 7 Km ke Bandaraya Kota Bharu dan kira-kira 9 Km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Homestay tersebut mempunyai suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan pasti mempesonakan setiap tetamu yang datang. Bagi percutian keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan berbulan madu, homestay ini adalah pilihan yang tempat kerana lokasinya yang terletak jauh dari hikuk-pikuk kota dan juga suasananya yang aman dan senyap.
  Biarpun mempunyai suasana yang nyaman bak seperti tinggal di dalam sebuah kampung homestay menggunak rekabentuk yang moden dan elegan. Panel kaca yang digunakan pada ruang tamu memberi pencahayaan semula jadi, dan pada masa yang sama tetamu boleh menikmati pemandangan sungai dari dalam. Selain itu, konsep yang digunakan cukup bijak dan begitu anggun sekali dengan hiasan dalaman bertemakan perabut rotan dan kayu-kayan. Resort yang cantik, dicampur pula dengan sungai tenang, dan swimming pool, sesiapa sahaja yang singgah di sini pasti akan rasa terpesona.

Sumber: Google

Oleh kerana homestay ini mempunyai fasiliti alam semulajadi terdapat pelbagai aktiviti tambahan tetapi perlu dikenakan caj berasingan. Antara aktiviti yang disediakan adalah kayak, river cruise, memancing, cari lokan, melihat kunang-kunang, BBQ dan macam-macam lagi. Menariknya, resort ini terletak betul-betul di tepi sungai yang bersih. Jadi sambil menginap, deria telinga sesiapa sahaja yang singgah di homestay ini akan disapa dengan bunyi aliran air sungai yang permai dan mendamaikan sesuai untuk mereka yang hendak melepaskan tekanan di tempat kerja atau sekolah. Walaubagaimanapun, bagi yang gemarkan aktiviti air pula, homestay ini turut menyediakan kemudahan kayak dan bot yang membolehkan pengunjung bersiar-siar di sekitar kawasan sungai. Aktiviti sangat sesuai untuk seisi keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan malah menggunakan masa yang sangat berkualiti bersama keluarga. 
Sumber: Google
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang begitu menakjubkan dan memukau mata memandang dari balkoni resort. Hal ini dikatakan kerana satu pemandangan yang pasti tak boleh dilepaskan dan jarang sekali untuk kita menikmatinya.

No comments:

Post a Comment