Tuesday, 1 October 2019

Entri 2: Roti Tempayan 3 Abdul

TEKS: NURUL ALISA BINTI ALI AKBAR


Lembut, gebu rasa roti tempayan yang dihasilkan seorang pemuda di ditambah pula dengan timbunan keju di dalamnya yang boleh ditarik tinggi-tinggi menambahkan lagi keterujaan kepada penggemar roti itu. Roti tempayan cheese atau keju bertimbun itu dijual di Kedai Roti Tempayan 3 Abdul di Kubang Kerian dan juga di cawangan lain iaitu di Cabang Tiga Landak, Pengkalan Chepa, diusahakan pemuda lepasan universiti, Mohamad Bukahari Ismail bersama rakannya, Mohamad Farid Ahmed yang masing-masing berusia 24 tahun. Gerai yang berada di Pengkalan Chepa ini ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Universiti Malaysia Kelantan dan hanya mengambil kira-kira 5 minit menjadi pilihan masyarakat setempat kerana rasanya dan harga yang berbaloi. Pemilik Roti Tempayan 3 Abdul berkata, dia mula belajar menghasilkan roti tempayan melalui majikannya yang berketurunan Arab ketika bekerja di sebuah kedai makan selepas tamat pengajian Ijazah Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia mula berjinak-jinak menceburi bidang keusahawanan setelah hanya suka-suka. Tetapi dia mula mengambil serius ketika gerainya menjadi viral pada tahun 2017 di laman social Facebook.

Sumber: Google
Gerai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 5:00 petang sehingga 11:30 malam. Gerai ini menajdi pilihan oleh kerana harganya yang murah berbanding gerai roti tempayan yang lain. Untuk hidangan roti tempayan biasa hanyalah berharga RM1.00, manakala untuk roti tempayan cheese berharga RM 5.00. Kuah yang dijual disini pula berharga RM 3.00 untuk kuah ayam. Manakala kuah daging cincang pula berharga RM3.00 dan untuk kuah daging kambing pula berharga RM 6.00.

Sumber: Google

Sumber: Google

No comments:

Post a Comment