Monday, 30 September 2019

Entri 1: Bazar Tun Padang

TEKS: NURUL ALISA BINTI ALI AKBAR

Sekiranya anda berkunjung di Kota Bharu tetapi inginkan tempat untuk berbelanja ketika bercuti maka, Bazaar Tuan Padang sepatutnya dalam senarai jadual perjalanan anda. Bazaar Tuan Padang yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu City Centre dimana lokasinya adalah jalan yang bertentangan dengan Muzium Negeri Kelantan, berhadapan bangunan MARA. Jaraknya daripada Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota adalah lebih kurang 10 kilometer. Nama Bazar diberikan sempena nama seorang Ustaz ataupun guru Islam yang bernama Tuan Padang, yang berasal dari Terengganu dan mengajar secara aktif di Kota Bharu. Selain itu, anak lelaki Tuan Padang juga seorang Ustaz yang terkenal, juga sering muncul dalam Program Saluran Televisyen Nasional, membincangkan dan mengajar tentang Pengajian Islam. Bazar tuan padang juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya bagi pelancong domestik.
Bazaar Tuan Padang yang terdiri daripada bangunan tiga tingkat, telah siap dibina pada tahun 2011, dan secara rasminya dibuka oleh Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 15 Mei 2011.


Sumber: Google

Bazaar Tuan Padang adalah bazar moden, yang tertutup di dalam bangunan, dan semua kedai dibahagikan kepada peniaga. Walaubagaimanapun, kedai-kedai di Bazaar Tuan Padang menawarkan pelbagai produk kain.

Sumber: Google

Di Bazaar Tuan Padang, anda boleh menemukan pelbagai produk kain tradisional dan pelbagai jenis pakaian yang dijual, mulai dari T-shirt, baju kurung, batik, songket, tudung, kain sarung, dan macam-macam lagi dengan harga yang berbaloi. Selain itu, ada beberapa kedai yang menjual kaftan, kemeja, kain pasang, dan lain-lain yang diperbuat daripada kain Batik. Kebanyakan kedai menjual dalam kuantiti yang kecil, dan dalam kuantiti borong dengan harga yang lebih baik sementara stok masih ada.
Selain itu, membeli-belah di bazar Kelantan memerlukan kemahiran tawar-menawar terutamanya di Bazar Tuan Padang ini. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan yang bijak untuk mendapatkan harga terbaik sebelum membelinya. Peniaga-peniaga di sini sangat mesra dan mempunyai etika perniagaan yang sangat profesional, dan jika anda mempunyai sebarang permintaan atau bantuan, mereka sedia membantu anda.

Monday, 23 September 2019

MY PROFILE


1
NAMA
NURUL ALISA BINTI ALI AKBAR
2
NAMA PANGGILAN
ALISA @ JOEY
3
EMAIL
nurulalisa14@gmail.com
4
TEMPAT LAHIR
HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH (HTAR)
5
PENDIDIKAN
2018- SEKARANG: DEGREE: UMK
2016-2017: STPM- SMK SHAHBANDARAYA
2014-2015: SPM- SMK SHAHBANDARAYA
2011-2013: PMR- SMK SHAHBANDARAYA
2010: UPSR- SK KAMPUNG JAWA
4.
MINAT
MEMASAK
5.
BUKU GENRE YANG SUKA DIBACA
ROMANCE, HORROR, THRILLER
6.
HOBI
MENDENGAR LAGU, MENONTON DRAMA ASIA
7.
SUBJEK YANG DIGEMARI
SENI, BAHASA INGGERIS
8.
AKAUN FB/ INSTAGRAM
FB: Nurul Alisa
INSTAGRAM: nurulalisa_
9.
CITA-CITA
MENJADI SEORANG PRAMUGARI